Penghantaran dan Pemulangan
Penghantaran
Kami menawarkan satu perkhidmatan penghantaran yang standard. Pesanan akan dihantar dalam tempoh masa 2 hari bekerja di W.P Kuala Lumpur & Selangor yang berada di Wilayah Lembah Klang kecuali dinasihatkan sebaliknya.
Penghantaran d luar W.P Kuala Lumpur & Selangor yang tidak berada di Wilayah Lembah Klang akan mengambil masa 3-7 hari bekerja kecuali dinasihatkan sebaliknya.
Penghantaran PERCUMA dalam Malaysia.
Pemulangan
Kami yakin bahawa anda akan gembira apabila menerima produk anda tetapi mungkin juga anda merasakan keperluan untuk memulangkan item. Kami berazam untuk memastikan proses itu semudah mungkin.
Kami akan cuba menghadiri semua permintaan pemulangan secepat mungkin.
a. Produk Tidak Dikehendaki
Dasar kami adalah untuk memastikan anda berpuas hati setiap kali anda membuat Pesanan dengan Swatch. Jika anda tidak berpuas hati dengan Produk apabila anda menerimanya atau jika anda berubah fikiran anda, anda boleh memulangkan produk kepada kami dalam masa 7 hari selepas Produk diterima, setelah menjaganya secara munasabah dan dalam keadaan yang belum diguna, dengan Borang Pemulangan yang diisi dengan sewajarnya dan disertakan bersama-sama Produk yang dipulangkan. Kami akan membayar balik harga yang anda telah bayar untuk Produk itu. Swatch akan mengaturkan penyedia perkhidmatan kurier berdaftar kami (GDEX) untuk mengambil Produk yang dipulangkan dari tempat anda.
Anda mesti menjaga produk secara munasabah sehingga dipulangkan. Sebagai contoh, jika jam tangan tiba balik ke pusat logistik kami dengan gelang atau talinya rosak dalam apa jua cara (bukan disebabkan kesalahan atau kecuaian kami) atau tidak berada dalam keadaan asalnya, maka kami berhak untuk menolak kos untuk gelang atau tali baharu daripada bayaran balik harga jam tangan anda. Jika boleh, sila sertakan nota penghantaran anda dan semua pembungkusan masih utuh.
Kami akan membuat pembayaran balik terus ke akaun bank yang diberikan dalam masa 14 hari bekerja pada hari kami menerima kembali produk atau, jika lebih awal, resit oleh kami sebagai bukti pemulangan Produk, atau jika lebih awal sebaik sahaja kami memeriksa Produk yang dipulangkan dan berpuas hati bahawa ia telah dipulangkan kepada kami dalam keadaan sebagaimana ia dihantar kepada anda.
b. Produk Rosak
Kami cuba memilih dan membungkus item dengan sebaik mungkin untuk memastikan ia tiba dalam keadaan baik. Walau bagaimanapun, jika item tiba dalam keadaan rosak atau dengan kecacatan, atau tidak seperti yang anda pesan, kami akan memberikan bayaran balik penuh dengan sewajarnya, jika anda memberitahu kami bahawa anda menolak Produk dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan Produk. Anda kemudiannya mesti memulangkan Produk kepada kami (melainkan kami bersetuju dengan cara lain).
Dalam keadaan ini, kami akan mengatur perkhidmatan kurier berdaftar kami (GDEX) untuk mengambil item dari tempat anda.
Kami akan membuat pembayaran balik terus ke akaun bank yang diberikan dalam masa 14 hari bekerja sebaik sahaja kami mengesahkan kepada anda bahawa anda layak mendapat bayaran balik untuk produk yang rosak/cacat.
Untuk mendapatkan bantuan bagi produk rosak yang lebih lewat dari 7 hari selepas tarikh penghantaran anda, sila hubungi kami untuk membincangkan pilihan anda.
c. Memulangkan Produk Tidak Dikehendaki atau Rosak
Swatch mengaturkan penyedia perkhidmatan kurier berdaftar kami (GDEX) untuk mengambil produk yang dipulangkan (s) dari tempat anda.
Anda akan bertanggungjawab terhadap produk yang dipulangkan sehingga produk itu sampai kepada kami.