FlikFlak Summer Splash watches

Menikmati kemeriahan musim panas dengan Koleksi Summer Splash!

3 Julai 2024

Langit cerah, buih berterbangan, aiskrim yang sejuk – memori musim panas yang sentiasa dalam ingatan. Dan koleksi jam tangan kanak-kanak baharu Flik Flak Summer Splash telah mendarat dengan penuh keceriaan, menjadikan musim panas lebih menyeronokkan! Dua jam tangan Swiss Made ini merupakan hadiah yang sesuai untuk kanak-kanak supaya membantu mereka mengenal waktu sambil mengira detik untuk sesi meniup gelembung atau menikmati aiskrim seterusnya.

Jam tangan kanak-kanak ini membawa suasana musim panas yang ceria. PINK SPLASH menampilkan warna merah jambu dan merah jambu muda pada tali jam, bekas, bezel dan gancu, manakala BLUE SPLASH membawa warna biru dan firus. Tetapi itu bukan segalanya: setiap jam tangan ini mempunyai kesan solar spectrum pada kaca yang menambahkan lagi keseronokan memukau. Kaca terkutub yang unik ini menampilkan salutan cermin separa lut sinar yang menghasilkan tona pastel apabila terdedah kepada cahaya, mencetus imaginasi kanak-kanak untuk mencipta realiti mereka sendiri. Jangan lupa, main air di musim panas boleh menjadi kotor! Itulah sebabnya kedua-dua jam tangan ini kalis air, dengan tali jam silikon bebas BPA yang memudahkan pembersihan selepas bermain dengan kasar di luar.

Hadiahkan jam tangan daripada koleksi Summer Splash kepada kanak-kanak yang istimewa dalam hidup anda dan bantu mereka mengukir kenangan musim panas yang kekal seumur hidup sambil mereka belajar mengenal waktu.