Organized Chaos adalah sambutan yang ceria untuk mencari keteraturan dalam corak-corak yang huru-hara tetapi cantik. Perkenalkan koleksi Flik Flak yang baharu iaitu sebelas model baharu jam tangan kanak-kanak yang menampilkan cetakan kegemaran kanak-kanak yang abadi, penuh dengan warna-warna yang menarik. Sama seperti di sekeliling kita dalam dunia semula jadi, apa yang pada mulanya mungkin kelihatan seperti bentuk dan warna yang berselerak pada koleksi jam tangan kanak-kanak ini sebenarnya – setelah dilihat dengan teliti – adalah huru-hara terancang. Hadiahkan anak muda yang istimewa dalam hidup anda salah satu jam tangan buatan Swiss ini untuk memberi inspirasi kepada mereka supaya mencipta kehidupan yang bermakna semasa mereka menghayati pembelajaran untuk mengenal waktu pada zaman kanak-kanak yang riang gembira. |
Jam tangan manakah dalam hiruk-pikuk yang ceria ini akan menarik perhatian anak anda? BOUNCING HEARTS, dengan kristal pada muka jamnya dan hiruk-piruk jantung berwarna kuning dan merah jambu yang melompat kegembiraan dalam kalangan berbilang pelangi pada tali jam, akan mencuri hati kanak-kanak yang paling ceria. FLYING BUBBLES ialah pesta belon dan konfeti berwarna pastel yang sesuai untuk apa-apa majlis istimewa - atau mana-mana hari dalam seminggu. Bagi kanak-kanak yang suka segala-galanya teratur, jam tangan kami yang berbelang adalah menyenangkan walaupun bagi set mata si-kecil yang paling arif, terutamanya apabila melihat muka jam menampilkan sukuan yang diserlahkan untuk mudah dibaca dan difahami. Pilih daripada STRIPY PURPLE, dengan semua warna ungu yang disusun rapi dalam satu barisan dan STRIPY GREEN, corak hijau selang hijau yang rapi. Adakah itu wajah di awan? Sudah semestinya itu salah satu daripada wajah senyuman yang comel pada SMILING CLOUDS hijau dan biru yang akan menggembirakan pengelamun kecil. Bagi pencinta alam mini, FLOWER CHAOS menawarkan letusan bunga yang indah berwarna merah jambu, ungu dan biru yang melitupi tali jam. Siapa kata anda perlukan alasan untuk meraikan sesuatu? Masa parti sekali lagi – ya, betul – terima kasih kepada konfeti ranggi yang berselerak pada CONFETTI CHAOS yang akan menggembirakan mata si-kecil. Keluk dan titik sisik buaya yang rumit dalam corak merah jambu, hijau dan biru pada RETRO SCALES direka bentuk untuk kanak-kanak berkulit paling tebal yang suka sahabat kita yang bengkeng! Campuran warna-warna yang melebur ke dalam satu sama lain pada LIQUID RAINBOW merupakan pilihan yang hebat untuk personaliti ceria yang suka merangkul alam kehidupan yang berbilang warna. Kilauan hijau dan biru untuk santapan mata pada FROZEN RAINBOW menawarkan jawapan yang sempurna kepada soalan: Apakah yang berlaku apabila pelangi membeku? Bendera berpetak pada RACE FLAG mungkin kurang pada warnanya, tetapi tinggi pada tenaganya yang akan membuatkan si-kecil anda mantap dan bersedia untuk belajar mengenali waktu dalam masa yang singkat. Walaupun berlari bebas pastinya merupakan bahagian penting zaman kanak-kanak, tanggungjawab dan keselamatan sentiasa menjadi perhatian semasa mereka memulakan pengembaraan mengenali waktu. Itulah sebabnya semua jam tangan dalam koleksi ini boleh dicuci mesin, mempunyai tali jam PET kitar semula dan bekas dan aksesori bahan bersumberkan bio. |
Memberi inspirasi kepada anak muda kesayangan anda untuk mencipta acuan mereka sendiri dan mengukir laluan mereka sendiri dalam kegilaan hidup dengan salah satu jam tangan daripada koleksi Flik Flak ORGANIZED CHAOS. |